• Wednesday, 16 June 2021, 7:27 am

#WAAW: Tiada notis tuntutan daripada Amy mahupun Nasir – Mozylir

 #WAAW: Tiada notis tuntutan daripada Amy mahupun Nasir – Mozylir

Mozylir Mokhtaruddin bersama dua anggota Search Kid dan Nordin

PETALING JAYA : Pengurus Home Of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin memberitahu, pihaknya masih belum menerima notis tuntutan daripada anggota Search, Amy dan Nasir Daud.

Mozylir Mokhtaruddin akan memberikan kenyataan balas Jumaat ini.

Menerusi kenyataan media, Mozylir berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan tuduhan yang dilakukan oleh dua anggota kumpulan rock legenda itu.

“Kenyataan Amy dan Nasir menyebut HOC menggunakan nama Search tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori di beberapa laman web, antaranya www.fenomenasearch.com.

“Sehingga tarikh kenyataan media dikeluarkan, HOC dan peguam belum menerima apa-apa notis tuntutan daripada Amy mahupun Nasir.

“Saya akan menjelaskan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan dalam sidang media secara virtual pada Jumaat ini, jam 3 petang. Sidang media ini akan dihadiri barisan peguam dan wakil Search iaitu Kid dan Nordin,” katanya.

Di sidang media tersebut, pihaknya dan kumpulan Search akan menjawab semua tuduhan dan pertanyaan media.

Tambah Mozylir, operasi perniagaan HOC tetap berjalan seperti biasa, meskipun ketika kontroversi melanda.

Terdahulu, Vokalis Search, Amy dan pemain bass, Nasir Daud mengeluarkan kenyataan menuntut sebuah syarikat menghentikan kegiatan dan perniagaan yang didakwa menggunakan nama band berkenaan tanpa pengetahuan serta kebenaran.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *