• Sunday, 20 June 2021, 2:38 pm

#WAAW: “Tenang” Yura Yunita mahu ke Malaysia?

 #WAAW: “Tenang” Yura Yunita mahu ke Malaysia?

PETALING JAYA:  Penyanyi Indonesia Yura Yunita telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul “Tenang” di Indonesia kini cuba melebarkan sayapnya untuk mencuri halwa telinga pendengar di Malaysia pula.

Penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia ini dikenali menerusi lagu-lagu romantis seperti “Cinta dan Rahasia” mahupun “Intuisi manakala “Tenang” dilihat sebagai sebuah karya untuk mengangkat tema kesihatan mental.

Menurut Yura Yunita, Tenang bercerita mengenai doa dan luahan rasa kepada Sang Pencipta.

“Tak jarang fikiran kita melayang di malam hari. Resah dan gelisah mengiringi ketidakpastian dan pencarian erti kehidupan. Lagu ini berupa doa, curahan rasa, saat berdialog dengan diri sendiri, yang dirindu, dan Sang Pencipta,” ujar Yura.
 

Sepanjang pembabitan penyanyi berusia 30 tahun ini dalam industri muzik di negara seberang, Yura dilihat jarang dihimpit kontroversi mahupun kisah sensasi.

Yura Yunita juga baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan dan suaminya Donne Maula yang juga seorang penyanyi pada Disember tahun lalu setelah dilaporkan menjalinkan percintaan selama 8 tahun.

Sepanjang perhubungan cinta tersebut, mereka dilihat jarang memuatnaik gambar bersama malah lebih suka berkongsi idea dan berjenaka tatkala bertemu.

Yura Yunita bersama suaminya Donne Maula di hari pernikahan mereka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *