• Sunday, 20 June 2021, 11:10 am

#WAAW: Tasha Manshahar syukur bapa keluar MAEPS

 #WAAW: Tasha Manshahar syukur bapa keluar MAEPS

KUALA LUMPUR 31 MAY 2016. Duta Produk Himalaya, Tasha Manshahar pada majlis memperkenalkan duta Himalaya di Universiti Malaya. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

PETALING JAYA : Penyanyi, Tasha Manshahar gembira dan lega apabila bapanya, Mohd Manshahar sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Maeps Serdang.

Tasha menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Bersyukur dapat melihat lambaian itu lagi. Alhamdulillah, ayah sudah dibenarkan keluar! Betullah doa itu senjata. Ramai sangat mendoakan dekat video ayah naik ambulan itu.

Mana yang doakan dalam diam lagi. Terima kasih banyak-banyak. Subhanallah. Jangan pernah ragu-ragu dengan kekuatan doa,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Tasha juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang menjaga bapanya sepanjang berada di PKRC Maeps.

Tasha menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Kepada semua petugas barisan hadapan di Maeps, terima kasih kerana menjaga keluarga saya. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan ayah.

“Sepanjang di Maeps, urusannya mudah dan ayah juga dapat kawan-kawan baru. Tapi, mestilah dia lebih suka berada di rumah dan akhirnya, ayah dah dapat balik! Kita tunggu mummy pula ya,” tulisnya.

Bapanya dibawa ke PKRC Maeps pada 24 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.
Mohd Manshahar mula menunjukkan gejala pada 10 Mei lalu dan menjalani ujian calitan pada 15 Mei sebelum disahkan positif dan menjalani kuarantin di rumah.

Di Instagram Story, Tasha turut berkongsi mengenai keadaan terkini ibunya, Herina Wong Abdullah yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

“Saya mohon anda doakan kesembuhan ibu saya yang kini masih lagi berada di ICU Hospital Serdang,” tulisnya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *