#WAAW Tampil berhijab, peminat doakan Mas Idayu istiqamah

 #WAAW Tampil berhijab, peminat doakan Mas Idayu istiqamah

PETALING JAYA : Penyanyi, Mas Idayu mencuri perhatian warganet apabila tampil dengan imej bertudung sejak awal September lalu.

Mas Idayu,49, bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi berhubung penghijrahannya, sebaliknya dia berkongsi imej terbarunya itu di media sosial.

Tampil lebih sopan sambil berkongsi rutin harian kepada peminat dan pengikut, penampilan terbarunya itu Mas Idayu mendapat reaksi positif daripada ramai.

“Subhanallah. Cantiknya Mummy, semoga terus istiqomah.”

“Mudanya nampak Mami cantik sangat, alhamdulillah.”

“Mummy, cantik dan sweet sangat-sangat.”

“Masyaallah, cantiknya. Nampak lain muka, lembut kalau tak nampak. Cantik.”

Comey Mami berhijab ni.”

“Lama tengok tadi ke salah tengok nama IG. Rupanya alhamdulillah.”

“Ya Allah… hai Mummy, semoga sihat selalu ya. Amin, love u.”

Menguatkan lagi perubahan ke arah lebih baik pelatun lagu Cintaku 100% itu turut memuat naik gambar sedang menjamu selera di restoran dengan gaya menutup aurat.

Penyanyi yang juga lantang bersuara itu turut mengundang reaksi positif daripada peminat di negara seberang.

Malah, peminat di Indonesia juga turut bersyukur dengan penghijrahannya itu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

70  +    =  75