• Sunday, 20 June 2021, 8:57 am

#WAAW: Takut malukan diri, saya hampir patah balik – Nabila Huda

 #WAAW: Takut malukan diri, saya hampir patah balik – Nabila Huda

PETALING JAYA : Pelakon, Nabila Huda mengakui hampir menukar fikiran daripada menjayakan watak Erma menerusi drama bersiri Diva Popular kerana tidak mahu melakukan sesuatu di luar zon selesa.

Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil mengakui kurang berkeyakinan untuk melakonankan watak komedi buat kali pertama.

“Saya pada mulanya memang tidak mempunyai keyakinan untuk menerima tawaran Erma Fatima, namun apabila dia mencabar membuatkan saya ingin mencuba memberikan yang terbaik.

Abil cabar diri jayakan watak komedi

“Pada hari pertama sebelum hendak menuju ke lokasi penggambaran, saya hampir berpatah balik kerana terlalu memikirkan mengenai watak itu. Biarpun karakter saya santai dan suka melawak, cuma ia dikalangan kawan-kawan terdekat saja.

“Sinonim dengan watak airmata, jadi gelandangan, pengemis dan sebagainya, peminat sememangnya menantikan kemunculan saya membawa watak komedi. Teruja mereka melihat lakonan spontan dan bersahaja saya itu,” ujar Abil ketika sesi media secara maya bagi mempromosikan Diva Popular.

Drama Diva Popular masih mengekalkan Ogy dan Erma sebagai teraju utama bersama barisan pelakon hebat antaranya Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Gandingan Abil dalam Diva Popular


Drama tersebut menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam hingga 8 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112.

Drama siri itu mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali.

“Genre sebegini tidaklah selalu, mungkin setahun sekali atau dua kali saja. Kalau kerap sangat takut nanti ada yang menyampah pula. Tambahan pula saya dikelilingi barisan pelakon yang berbakat, mereka memudahkan kerja.

“Cuma kami sepatutnya menjalani penggambaran 40 hari saja, tidak sangka ia memakan masa hampir empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran COVID-19,” kata Abil.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *