Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Takut kena hentam lagi, Neelofa perjelas keadaan?

Usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor (tiga, kiri) dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini. — fotoBERNAMA
Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA : Selepas satu, satu pergerakan pengacara dan usahawan, Neelofa menjadi perbualan hangat netizen.
Terbaru, nama Neelofa menjadi sekali lagi panas apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menaiki kenderaan melebihi had penumpang selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Isnin.
Menjelaskan mengenai salah faham yang timbul, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia hanya menumpangkan peguamnya iaitu Datuk Ahmad Zahiril Muhaiyar ke bangunan mahkamah yang terletak bersebelahan dengan balai polis.

“Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah.
Saya dan peguam tidak hadir ke IPD seremban menaiki kenderaan yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media.

Terdahulu, di platform Twitter kecoh apabila ada netizen meminta polis menyiasat Neelofa kerana dilihat menaiki kenderaan melebihi had kebenaran tiga orang di dalam sebuah kereta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas Neelofa selesai memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka semasa di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada pukul 10.15 pagi. Sementara itu, Neelofa memaklumkan dia sudah menghubungi IPD Seremban bagi menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul.
Malah, meminta pihak berkuasa menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti pergerakan kenderaan mereka itu.
“Saya telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini. Saya Haris dan pemandu pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan kami manakala peguam saya pulang ke kediamannya dengan memandu kenderaannya.
“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis,” ujar Neelofa.