• Sunday, 20 June 2021, 11:38 am

#WAAW: “Tahniah kepada saya! Alhamdulillah! – Riena Diana

 #WAAW: “Tahniah kepada saya! Alhamdulillah! – Riena Diana

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Riena Diana menerima banyak ucapan tahniah pengikut di laman sosial apabila memuat naik gambar memakai baju hitam bersama seorang lelaki di akaunnya semalam.

Mengenakan busana serba hitam di hadapan pejabat agama, Riena turut meluahkan rasa gembira kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Tahniah kepada saya! Alhamdulillah!

Perkongsian Riena di Instagram Stories semalam.

“Sebenarnya bukan saya yang berkahwin, tetapi bapa saya. Tidak sangka pula ramai yang mengirimkan ucapan tahniah gara-gara kapsyen yang dimuat naik di Insta Stories.

“Maaf andai kata perkongsian saya ini menimbulkan salah faham. Sebagai anak, semestinya saya gembira apabila ayah saya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” ujar Riena.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Kampung People itu menjelaskan, majlis pernikahan bapanya berlangsung secara ringkas bagi melaksanakan yang wajib saja.

Riena mula mencipta nama menerusi drama bersiri, Kampung People, kini bertugas sebagai peyampai radio di Hot Fm


Riena yang juga penyampai radio segmen pagi Hot FM itu menjelaskan, dia pastinya berkongsi kepada umum sekiranya dia mempunyai perancangan untuk berkahwin.

“Buat masa ini saya belum mempunyai perancangan untuk berkahwin. Kalau boleh, saya ingin bekerja dulu membantu keluarga sebelum menukar status menjadi isteri orang.

“Apa yang pasti, jika sudah ada tarikh dan sebagainya, semestinya saya akan berkongsi berita baik itu,” ujar Riena.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *