#WAAW: Syatilla Melvin alami keguguran, serah semuanya pada Allah

 #WAAW: Syatilla Melvin alami keguguran, serah semuanya pada Allah

Syatilla Melvin

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Syatilla Melvin akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran cahaya mata ketiganya.

Syatilla atau pemilik nama penuh, Siti Nor Syatilla Melvin Amirol Melvin, 30, yang kini sedang hamil lapan minggu menerima suratan takdir apabila di maklumkan doktor mengenai perihal itu.

Syatilla berkongsi kisah duka ini hari ini

“Saya berjumpa doktor semalam bagi mendapatkan perkembangan terbaru bayi, namun diberitahu kandungan tidak membesar. Tambah doktor, jika janin itu tidak jatuh sendiri, maka saya perlu mencuci rahim bagi membuangnya.

“Ini bukan pengalaman pertama kerana saya pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum ini. Syukur kandungan belum mempunyai degupan jantung, jadi rasa “dekat” itu belum ada lagi.

“Tipulah jika saya tidak terkesan, cuma saya percaya rezeki pada masa akan datang. Malah, Sam juga menerima berita ini dengan penuh redha,” kata Syatilla kepada Wacana.my

Pelakon drama Sha & Shah ini mengakui dia berasa sedih memandangkan sudah bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezekinya lagi.

Syatilla ditemui di majlis pelancaran Nasi Daging Telentang LB Creuset X Syatilla Melvin yang berlangsung di Hotel Eastin, di sini pada Rabu.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu mendirikan rumah tangga dengan aktor, Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 3.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −    =  27