#WAAW Syafiq Farhain tak boleh hidup tanpa wanita?

 #WAAW Syafiq Farhain tak boleh hidup tanpa wanita?

PETALING JAYA : Penyanyi, Syafiq Farhain meluahkan keterujaan apabila akhirnya dipertemukan dengan bidadari pilihan hatinya.

Penantian selama dua tahun itu berakhir apabila single ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya yang berjudul Kau Bidadariku dilancarkan sejak 14 Jun lalu.

Bercerita tentang Kau Bidadari, jelas Syafiq atau Nursyafiq Farhain A.M Saleem,27, lagu tersebut sebenarnya sudah dirakam sejak 2019.

“Semua orang tahu yang bidadari itu adalah wanita. Bila saya nyanyi lagu ini saya bayangkan mak saya. Kalau dengar balik dan faham lirik, sebenarnya lelaki tak boleh hidup tanpa wanita.

“Terpulang kepada pendengar, mereka nak bayangkan bidadari itu adalah mak, adik, kakak atau pasangan masing-masing.

Bila saya nyayikan lagu ini saya terbayangkan mak saya dan saya boleh dapat feel lagu ini,” kata Syafiq yang kini bertugas sebagai pasukan bomba Putrajaya.

Video muzik lagu berentak balada itu dimuat naik dalam saluran YouTube MVM Music sejak 14 Jun lalu dan hingga kini sudah ditonton sebanyak 68,493.

Malah dia juga menganggap lagu berentak balada amat bersesuaian dengan vokalnya dan belum masa untuk mencuba genre baharu.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *