#WAAW: Sweet Qismina disahkan positif COVID-19

 #WAAW: Sweet Qismina disahkan positif COVID-19

Oleh Zuan Azmi 

PETALING JAYA — Pelakon yang semakin menempah nama dipersada lakonan tempatan Sweet Qismina disahkan positif COVID-19 pada 20 April yang lalu.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pelakon itu melalui laman instagrammya semalam.
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkan lah penyakit, berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet.
Difahamkan Sweet yang pada 15 April berada di Kuala Kangsar sedang menjalani penggambaran Filem Tariandi telah menyatakan diri tidak sihat sehari selepas itu.
Sweet telah cuba mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut namun keadaannya tidak pulih dan turut mengalami kesukaran untuk bernafas.
Oleh yang demikian Sweet telah menjalani ujian calitan RTK di sebuah hospital swasta di Taiping dan hasil ujian tersebut Sweet didapati positif COVID-19.
Sweet kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk jalani ujian namun Sweet keputusan ujian saringan PCR turut mendapati Sweet positif.
Sweet kini berada di Pusat Kuarantin Taiping dan buat masa ini keadaan dirinya dilaporkan tidak mengalami sebarang komplikasi cuma hilang deria bau.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  4  =