• Sunday, 20 June 2021, 8:16 am

#WAAW: Surat Terakhir Amira Othman

 #WAAW: Surat Terakhir Amira Othman

Sumber foto Facebook

PETALING JAYA : Penyanyi, Amira Othman mengakui jatuh cinta kali pertama mendengar bait lagu Surat Terakhir nukilan sepupunya, Syafiq Rashid.
Amira berkata, mesej yang ingin disampaikan oleh single terbarunya itu membawa erti yang begitu mendalam buat setiap insan. Malah, dia berharap lagu tersebut mempunyai rezeki untuk ditengahkan dalam industri muzik tempatan.
“Setelah dua tahun tidak tampil dengan lagu baru, saya tidak mahu menunggu masa yang lama untuk melancarkan single ini. Tepat pula masanya, kerana setiap insan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti isu Palestin serta virus COVID-19.
Setelah dua tahun, Surat Terakhir merupakan buah tangan terbaru dari Amira.
“Ia berkisar mengenai pesanan dan peninggalan terakhir untuk orang yang tersayang. Sekiranya dia sudah ‘tiada’ hanya doa dan Al Quran sebagai pengganti. Itu adalah mesej utama di dalam lagu.
“Setiap insan pasti akan berdepan atau pernah mengalami erti kehilangan. Jadi, lagu ini dekat dengan setiap individu. Adik saya, Irfan yang mencadangkan lagu ini kepada saya dan membuatkan saya ingin terus mendengar sehingga habis,” kata Amira.
Amira mengakui meremang ketika melakonkan muzik video Surat Terakhir.

Berkongsi mengenai momen penggambaran muzik video dan proses rakaman single dalam studio, Amira mengakui turut meremang ketika mendendangkan sesetengah bahagian yang membawa seribu erti.

Tambah Amira, pengalaman yang dilalui itu merupakan sesuatu yang baru buat dirinya sepanjang berkecimpung dalam bidang nyanyian.

“Ketika merakamkan muzik video, meremang bulu roma saya menterjemahkan bahagian yang mana kita tidak lagi dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga serta orang tersayang apabila roh sudah terpisah dengan jasad.

“Apatah lagi, saya juga kurang sihat ketika itu kerana dimasukkan ke hospital akibat terlebih bersenam. Takut juga orang kata cerita disebalik lagu, namun Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

“Oleh itu saya berharap lagu ini dapat pergi lebih jauh lagi kerana potensi dan mesej yang cuba disampaikan. Malah, liriknya juga membawa seribu erti,” ujar Amira.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *