#WAAW: Soo Wincci teruskan puasa buat tahun ke-10

 #WAAW: Soo Wincci teruskan puasa buat tahun ke-10

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Dr Soo Wincci meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan untuk tahun kesepuluh.

Cabaran pada tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya kerana meneruskan rutin berpuasa di negara Sepanyol.

“Buat masa ini semuanya baik-baik saja kerana saya sudah mengurangkan pengambilan makanan sejak minggu lalu sebagai persediaan untuk berpuasa. Saya tidak mahu perut terkejut pula nanti.

“Malah, saya juga mempersiapkan diri dari segi emosj kerana perlu berpuasa selama 16 hingga 18 jam. Masa yang berlainan juga antara cabaran baru buat saya.

“Malah, saya juga perlu menerangkan kepada mereka di Sepanyol yang kurang maklum mengenai erti berpuasa. Mereka ingat sekadar tidak boleh makan saja, jadi perlu menerangkan kepada mereka,” katanya kepada Wacana.my

Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.

Terdahulu, Wincci menyambung pengajian PhD kedua dalam bidang muzik selama dua tahun di Sepanyol.

Sebelum ini Wincci sudah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.

“Saya akan pulang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran program baru. Namun, saya berhasrat untuk mendapatkan kewarganegaraan di Sepanyol bagi memudahkan urusan di sini.

“Malah, saya juga merancang untuk menembusi pasaran muzik di sini. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengajar secara separuh masa di Sepanyol,” kata Wincci.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1