#WAAW: Siti Sarah trauma bayi tertukar di hospital

 #WAAW: Siti Sarah trauma bayi tertukar di hospital

PETALING JAYA : Penyanyi Siti Sarah yang sedang kini sedang sarat hamil cahaya mata keempat trauma dan fobia berhubung isu tertukar bayi di hospital.

Sarah tidak menyangka plot yang sering digunakan dalam sinetron Indonesia, benar-benar terjadi dalam kehidupan.

“Berdiri bulu roma Sarah, Ya Allah seriau apabila membaca cerita sebegini. Apatah lagi, saya sedang sarat hamil. Jika dalam sinetron ada cerita Puteri Yang Ditukar, ini betul-betul terjadi bukan dalam sinetron atau cerekarama.

“Saya tidak dapat membayangkan perasaan mengandung sembilan bulan dan mendapat tahu bayi itu tertukar secara tidak sengaja. Mujurlah, ibu dan ayahnya memeriksa tag nama pada bahagian kaki itu dulu.

“Saya yang membaca cerita ini bukan saja seriau, malah fobia dengan apa yang berlaku. Malah, ibu kepada kepada kedua-dua bayi itu turut sedih kerana anak mereka menjadi ibu susuan masing-masing,” luah Sarah.

Terkesan dengan isu bayi tertukar yang menjadi viral di media sosial beberapa hari lalu, Sarah atau pemilik nama Siti Sarah Raissuddin, 37, berharap insiden yang berlaku tidak akan berulang lagi.

“Saya berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua dan kecuaian sebegini tidak seharusnya terjadi. Ini kerana ia melibatkan masa depan, darah daging dan banyak lagi.

“Saya berharap apa yang berlaku juga terhadap dua keluarga ini juga dipermudahkan,” kata Sarah lagi.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  −  22  =