• Monday, 21 June 2021, 2:38 am

#WAAW: Siti Sarah dipanggil bodoh gara-gara dakwat sotong

 #WAAW: Siti Sarah dipanggil bodoh gara-gara dakwat sotong

Oleh Farhana Ab Rahman

IG Siti Sarah Raisuddin

PETALING JAYA : Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin terkilan apabila perkongsian resipi ringkas mengundang reaksi negatif daripada segelintir pihak di media sosial.

Sarah mengakui terkejut dengan maklum balas warga maya yang menegurnya menggunakan kata-kata kasar. Tambahnya, dia tidak menyangka perkongsian ringkas itu mengundang reaksi negatif daripada netizen.

“Baru-baru ini saya ada berkongsi resipi memasak sotong hitam di Instagram Stories tetapi tidaklah memuat naik semua. Cuma beberapa stories saja untuk dijadikan sebagai contoh atau rujukan.

“Tidak sangka pula, perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi. Alih-alih ada yang menghentam dan cakap bukan-bukan pula. Malah, ada yang menggunakan perkataan ‘bodoh’ untuk menegur saya pula.

“Menurut netizen itu, ada ustaz di Facebook mengatakan haram makan dakwat sotong itu. Kalau benar pun, tidak bolehkah dia menegur dengan cara yang lebih baik?,” luah Sarah di Instagramnya sebentar tadi.

Video masakan itu dirakam oleh suami Sarah iaitu Shuib secara santai beberapa hari lalu.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi rakan selebriti yang meminta Sarah untuk tidak ambil endah komen negatif sebegitu.

Rata-rata netizen meninggalkan komen memberikan pendapat mereka sama ada memakan dakwat sotong itu haram atau dibenarkan dalam Islam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *