• Thursday, 17 June 2021, 2:33 pm

#WAAW: Siti Saleha terlibat pengubahan wang haram secara rahsia?

 #WAAW: Siti Saleha terlibat pengubahan wang haram secara rahsia?

Actress Siti Saleha for Star2 Entertainment cover. DO NOT USE FOR STAR2 ENTERTAINMENT ONLY.

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon Siti Saleha kini terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dengan membawakan watak Amy dalam sebuah drama bersiri bertajuk Scammer.

Scammer menampilkan sisi berbeza pelakon Siti Saleha memegang watak antagonis sebagai Amy yang bekerja sebagai peguam bela namun terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram secara rahsia.

Menurut Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, watak tersebut memerlukan dia memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.

Watak Amy menampilkan sisi berbeza Siti Saleha.

“Sejujurnya saya tidak tahu menahu mengenai scammer, spam dan sebagainya. Menerusi drama ini saya mula belajar maksud terma itu semua dan bagaimana proses pengubahan wang haram itu berlaku.

“Dalam drama ini juga, pertama kali seumur hidup, saya menambah bulu mata (eyelashes extension) dan memakai kuku palsu untuk kelihatan berbeza daripada penampilan saya di kaca televisyen sebelum ini.

“Jika bukan kerana virus COVID-19, saya juga sudah ke salun untuk mewarnakan rambut bagi menjayakan watak Amy bagi drama Scammer sebanyak 20 episod,” ujar Siti Saleha.

Siti Saleha mengakui selesa bergandingan dengan Kamal Adli.

Drama terbitan produksi Radius One Sdn Bhd itu mula ditayangkan pada Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

“Untuk watak dalam drama ini memang sangat berbeza dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Watak Amy ini memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya.

“Jadi, saya bersiap agak lama juga untuk masa set sebab memerlukan solekan tebal dan pakai kuku palsu. Warna merah, gelap dan ‘maroon’ menggambarkan peribadi Amy,” ujar Saleha.

Selain Saleha, drama arahan pengarah Norhanisham Muhammad itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Didie Alias.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *