• Sunday, 20 June 2021, 3:22 pm

#WAAW: Siti Nordiana tidak jelak?

 #WAAW: Siti Nordiana tidak jelak?

PETALING JAYA : Penyanyi Siti Nordiana tidak jelak sering membawakan genre yang sama.

Tampil dengan single berjudul Cukup Derita itu, Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana, berkata dia mencurahkan segala perasaannya pada lagu ciptaan Tam Spider dan nukilan lirik oleh penulis novel, Siti Rosmizah itu.

“Saya memang dah dikenali dengan signature lagu-lagu berentak balada, ia tidaklah menjadi kesukaran untuk dapatkan feel itu.

“Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider… sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah.

“Dikenali dengan lagu-lagu Leman (mendayu-dayu) sekiranya lagu rap pun tetap saya selitkan signature saya yang merintih hiba itu. Bukan apa, itu yang membuatkan orang senang dan dekat dengan kita,” ujar Nana.

Nana mengulas mengenai buah tangan terbarunya di sidang media single terbaharunya, Cukup Derita Ituyang diadakan secara maya pada Khamis.

Lagu Cukup Derita Itu kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.

Sementara itu, tempias pandemik bagi membanteras COVID-19 turut dirasai oleh Nana yang mengakui pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus.

“Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini.

“Saya bernasib baik sebab banyak juga tawaran buat kempen dan daripada situ dapat payment, bolehlah walaupun tidak semewah bayaran show,” ujarnya lagi.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *