• Sunday, 20 June 2021, 2:55 pm

#WAAW: Siti Nordiana syukur wang simpanan cukup hadapi ‘lockdown’

 #WAAW: Siti Nordiana syukur wang simpanan cukup hadapi ‘lockdown’

PETALING JAYA : Penyanyi, Siti Nordiana mengakui sudah lama tidak dapat bersua dengan peminatnya kerana keadaan negara yang terkesan akibat virus COVID-19.

Menurut Siti Nordiana sudah lama tidak dapat membuat persembahan sejak PKP 1.0

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana menjelaskan, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini hingga 14 Jun ini akan terus memberikan kesan terhadap golongan penyanyi dan pemuzik.

“Penyanyi adalah antara golongan yang terjejas kerana tawaran nyanyian sangat terhad dan sudah tidak seperti dulu. Malah, saya sendiri sudah lama tidak dapat membuat persembahan.

“Justeru itu, saya bersyukur kerana wang simpanan yang saya kumpul sebelum ini dapat digunakan untuk menampung kehidupan. Saya juga hadkan perbelanjaan dengan membeli apa yang penting saja.

“Selain itu, saya juga dapat tawaran membuat ulasan produk serta menjalankan beberapa kempen di Instagram. Jadi sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan selain saya mengambil inisiatif menjual album zikir di platform dalam talian,” katanya.

Katanya, dia turut menggunakan teknologi seperti aplikasi Smule, We Sing dan banyak lagi untuk mendekati peminat.

“Kalau ada waktu terluang saya selalu aktif di platform Smule dan We Sing. Saya akan menghiburkan peminat supaya mereka tahu yang saya m aktif menyanyi.

“Saya juga selalu berinteraksi dengan peminat menerusi Instagram Live dan membuat persembahan dari rumah.

“Dalam keadaan sekarang ini saya perlu kreatif dan menggunakan media sosial sebaik mungkin. Saya gunakan platform YouTube yang saya ada dengan berkongsi segala aktiviti dan ‘cover’ lagu yang saya minat kerana dari YouTube pun saya boleh tambah pendapatan,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *