#WAAW Siti Nordiana cukup derita?

 #WAAW Siti Nordiana cukup derita?

PETALING JAYA : Lebih dua dekad berkecimpung dalam industri muzik tanah air, impian Siti Nordiana untuk mendendangkan lagu karya Tam Spider akhirnya tercapai menerusi lagu Cukup Derita. 

Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, menjelaskan sudah lama mengimpikan untuk menyanyikan lagu nukilan Tam Spider kerana sentuhannya mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai apabila dapat menyanyi lagu nukilan Tam.

“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.

“Secara jujur, saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat,” kata Nana.

Cukup Derita Itu, yang liriknya dihasilkan oleh Siti Rosmizah, merupakan runut bunyi drama (original soundtrack – OST) Cukup Derita Itu, arahan Along Kamaluddin yang bersiaran menerusi slot Samarinda, TV3, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam sejak 6 Mei lalu.

Ini juga bukan kali pertama Nana mendendangkan lagu untuk runut bunyi drama, sebelum ini dia pernah menyanyikan lagu Angkara untuk drama Angkara Cinta dan Sebenarnya bersama Alif Satar untuk drama Klik! Pengantin Musim Salju.

Biarpun mempunyai banyak pengalaman menyanyikan lagu runut bunyi, namun juara program Gegar Vaganza 2015 itu tetap melakukan ‘homework’ terlebih dulu iaitu dengan memahami jalan cerita sesebuah drama mahupun filem.

Menurut Nana, dia perlu mengenali pelakon yang terbabit serta wajib menonton klip-klip daripada drama berkenaan. Cukup Derita Itu dibarisi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P. Ramlee dan Balkisyh Semundur Khan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *