#WAAW: Siapa sangka kawan baik menipu begini? – Nomad

 #WAAW: Siapa sangka kawan baik menipu begini? – Nomad

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA — Penyanyi Nomad meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila dirinya telah diperdaya puluhan ribu ringgit oleh sahabat baiknya sendiri.

Nomad menjelaskan, dia dan rakan baiknya itu merancang untuk membuka kafe bersama dan tidak

Nomad berhasrat mengusahakan perniagaan bersama ibunya – sumber Instagram Nomad

mengesyaki apa-apa kerana menganggap individu itu sebagai sahabatnya.  

Meletakkan sepenuh kepercayaan, Nomad tidak menyangka perkara tersebut berlaku dan ianya mula terbongkar apabila seorang lagi teman memaklumkan bahawa tiada urusan pembelian mesin kopi telah dibuat.

“Silap saya kerana meletakkan kepercayaan kepadanya seratus peratus. Memang kami mengeluarkan modal bersama cuma mungkin wang dilaburkan saya lebih banyak berbanding dari dia.

“Siapa sangka kawan yang rapat begini boleh menipu? Hati mula terdetik sesuatu yang tidak kena apabila menghubungi seorang lagi rakan mengenai urusniaga mesin kopi dan dia tidak tahu menahu tentang perkara itu.

“Memang jika diikutkan hati saya hendak membawa perkara ini ke balai polis, tetapi saya mengenangkan dia mempunyai anak kurang upaya.

Perkara itu membuatkan saya tidak sampai hati dan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” kata Nomad.

Mengambil iktibar terhadap perkara itu, penyanyi lagu Tetap Menantimu ini berjanji akan lebih berhati-hati dan tidak mempercayai dengan sewenangnya kepada orang luar.

Perkembangan terkini, bintang Gegar Vaganza musim ke-7 ini sedang dalam perancangan mengusahakan perniagaan Ikan Celup Tepung (ICT) bersama ibu tersayang. “Sudah lama mama meluahkan hasrat untuk membuka kedai makan ini.

Daripada mempercayakan orang luar, baik berurusan dengan darah daging sendiri. Kalau ditipu pun sakit hati itu berbeza, bak kata orang air yang dicencang tidak akan putus,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

49  −  47  =