#WAAW: Sharnaaz cari mama baru Jebat berwajah seperti Tokti ?

 #WAAW: Sharnaaz cari mama baru Jebat berwajah seperti Tokti ?

Sharnaaz Ahmad bersama anaknya Jebat Jayden

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Belum berjumpa pengganti sejak berpisah, pelakon, Sharnaaz Ahmad menegaskan keutamaan diberikan kepada anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad.

Sharnaaz, berkata, dia tidak keberatan seandainya tidak mendirikan rumah tangga sehingga akhir hayatnya andai kata tidak berjumpa dengan wanita mampu menjaga Jebat dengan baik.

“Buat masa ini tiada yang istimewa kerana saya berkawan saja dengan semua dulu. Apa yang penting bukan menjaga hati saya, sebaliknya keutamaan diberikan kepada Jebat.

“Pada usia begini, saya tidak mahu lagi bercinta seperti dahulu kala. Mengenai Jebat memanggil gambar Tokti sebagai mama, bagaimana hendak mencari wajah serupa Datuk Seri Siti Nurhaliza di Malaysia?

“Saya dan Nabila bercerai secara baik kerana tidak bersefahaman. Biarpun Jebat tidak tinggal dengan saya, namun saya mahukan dia membesar dalam suasana yang normal,” katanya kepada Wacana.my

Sharnaaz dan Noor Nabila Mohd Noor berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017 namun bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu.

Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Basir Ahmad, 35, berkata, keutamaan mereka adalah untuk membesarkan dan memberikan yang terbaik kepada Jebat.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Sharnaaz kini aktif mempromosikan kopi jenamanya iaitu Mamu Legacy yang kini tampil dengan wajah baru.

Memberikan fokus kepada bidang perniagaan, Sharnaaz mengakui lebih selektif menerima tawaran berlakon. Sejajar dengan peningkatan usia, Sharnaaz memilih karya dan naskah berkualiti.

“Saya tidak menerima sebarang tawaran buat masa ini kerana mahu karya berbeza. Jika boleh saya mahu membawakan karya genre aksi kerana lebih kena dengan jiwa,” kata Sharnaaz.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  4