• Sunday, 20 June 2021, 11:26 am

#WAAW: “Serious dik, jangan jadi Melayu bodoh pada waktu begini” – Zahiril Adzim

 #WAAW: “Serious dik, jangan jadi Melayu bodoh pada waktu begini” – Zahiril Adzim

Pelakon, Zahiril Adzim

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Zahiril Adzim berpendapat setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam memberikan sokongan terhadap isu kemelut Palestin-Israel yang banyak mengorbankan nyawa orang awam.

Kenyataan yang dimuatnaik oleh Zahiril Adzim di Insta Storynya

Zahiril menegaskan, sokongan yang diberikan meliputi pelbagai aspek dan bukan hanya terhad kepada luahan di media sosial semata-mata.

“Kalau orang itu tidak memuat naik apa-apa tentang isu Palestin di platform media sosial dia bukan bererti dia tidak peduli. Jangan acah-acah, relaks. Chill.

“Masing-masing ada cara yang tersendiri, mungkin dia pulun berdoa atau dia membelanjakan wang ringgit untuk disumbangkan secara diam.

“Bukan semua orang mengadap sosial media 24 jam macam kau,” tegas Zahiril menerusi paparan kasyen di Instagram Story baru-baru ini.

Jumaat lalu, tentera Israel melakukan pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa menerima kecaman hebat masyarakat dunia yang mendesak pihak berkaitan bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman tentera Zionis.

Zahiril turut menegaskan, semua pihak harus bersatu mengambil tindakan tegas dan bertindak menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

“Ini adalah waktu untuk umat Islam bersatu dan tidak perlu membangkitkan isu remeh untuk memecah belahkan rakyat Malaysia.

“Serious dik, jangan jadi Melayu bodoh pada waktu begini. Kita sama-sama berjuang cara masing-masing okay? PEACE,” luah Zahiril lagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *