#WAAW: Serina nikah di Thailand, Chef Wan terkejut & kecewa?

 #WAAW: Serina nikah di Thailand, Chef Wan terkejut & kecewa?

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila menerima perkhabaran anak perempuan, Serina telah menikah di Thailand.

Chef Wan menjelaskan, dia sama sekali tidak menyangka cadangan meminta anak perempuannya menangguhkan perkahwinan itu ditolak adalah sesuatu yang salah. Apatah lagi, apabila Serina mengambil tindakan drastik untuk meneruskan hasrat berkahwin di negara jiran.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh kakak mengenai berita perkahwinan Serina di Thailand. Malah, dia berkongsi berita itu di laman Instagram. Semestinya saya terkejut dan kecewa dengan perkhabaran ini.

Tangkap layar hantaran Chef Wan mengenai Serina yang telah menikah di Thailand tanpa pengetahuannya.

“Dua minggu lalu, Serina ada meluahkan hasrat untuk berkahwin sebelum puasa. Saya tidak merasakan nasihat saya meminta mereka mengenali hati budi itu adalah satu masalah sehingga mereka perlu mengambil tindakan sebegini.

“Sebagai bapa, semestinya apa yang mereka lakukan ini sangat mengecewakan. Saya tidak pernah melarang dia untuk menikah, ini sudah menikah baru beritahu adakah ia perkara yang bagus?,” luah Chef Wan.

Tegas Che Wan, dia tidak pernah menghalang anak perempuannya itu untuk berkahwin namun hanya memberikan nasihat sebelum Serina mendirikan rumah tangga kali kedua.

Chef Wan hanya mengetahui pernikahan Serina setelah diberitahu kakaknya

Lebih sadis, Chef Wan mempersoalkan kenapa dia diuji dengan dugaan sebegini. Pernah dimalukan dengan kontroversi membabitkan Serina sebelum ini, Chef Wan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat anak perempuannya itu.

“Dulu pun dia memalukan saya dengan kisah Hani Mohsin, kini timbul pula cerita dia menikah di Thailand. Seteruk mana pun Serina melukakan saya, sebagai bapa saya telan saja.

“Rina…Rina suka hati kau oranglah. Kau pun sudah tua masing-masing tahu tanggungjawab dan kesalahan melakukan semua ini dibelakang saya. Saya pasti mereka yang bergelar ibu bapa turut merasa keperitan yang sama alami ini.

Tangkap layar hantaran Serina mendakwa Chef Wan memberi restu, namun apa yang dikongsi oleh Chef Wan mendakwa sebaliknya

“Kita doakan yang terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini saja,” luahnya lagi.

Terdahulu, Serina memuat naik beberapa keping gambar memaklumkan perkahwinan keduanya bersama suami yang diadakan secara tertutup dan merancang untuk mengadakan majlis di restoran bapanya selepas raya.

Menerusi kapsyen itu, Serina turut berterima kasih kepada Chef Wan yang merestui perkahwinan keduanya itu

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1