#WAAW: Serina nafi menikah di Thailand, Chef Wan bersumpah berkata benar

 #WAAW: Serina nafi menikah di Thailand, Chef Wan bersumpah berkata benar

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Saya sendiri terkejut apabila papa kata kami menikah di Siam, Thailand. Fikir logik bagaimana hendak keluar negara sedangkan sempadan masih di tutup ketika ini.

Tangkap layar hantaran Serina

“Memang saya akui, ramai yang suka mencucuk dan menghasut papa kerana mahu melihat keluarga kami hancur. Saya sentiasa menghormati bapa saya dan hubungan kami baik selama ini,” kata Serina.

Begitulah komen Serina apabila tular dakwaan dirinya mendirikan rumah tangga di Thailand dan membelakangkan bapanya, Chef Wan apabila membuat keputusan tanpa pengetahuan bapanya.

Kelmarin, kecoh di media sosial apabila Serina mengumumkan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Aidid.

Serina juga memohon supaya pihak luar tidak masuk campur atau memporak-perandakan hubungan keluarganya terutama bersama bapanya itu.

Serina juga memohon supaya pihak luar tidak masuk campur atau memporak-perandakan hubungan keluarganya terutama bersama bapanya itu.

Serina dalam satu hantaran di Instagram berkata, dia mahu menjelaskan kekeliruan dan meminta netizen jangan mudah menjatuh hukum dengan menambah fitnah kepada dia dan suami.

“Berhentilah buat tuduhan serta fitnah. Besar dosanya nak menjawab di akhirat nanti. Sebab itu kalau kita tak tahu jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain.

Secara jujur, papa sudah tahu kami nikah. Saya sudah maklumkan kepada papa dan suami pun sudah berjumpa dengan papa,” katanya.

Dalam pada itu, Serina juga menafikan dia bernikah dengan suami orang tetapi adalah duda.

“Saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami. Semoga Allah beri mereka hidayah.

Tolong hormat juga keluarga mentua saya kerana mereka juga ada perasaan. Akhir kata doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” katanya.

Terkini, Chef Wan membalas hantaran Serina dengan memberikan bukti tangkap layar dan telah bersumpah dengan nama Allah diatas Al-Quran bahawa beliau benar tidak tahu yang Serina sudah menikah dan beliau hanya bercakap benar.

Berikut merupakan tangkap layar kenyataan dari Chef Wan berhubung perkara ini.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −  7  =