• Friday, 18 June 2021, 1:56 am

#WAAW: “Selagi kerajaan tidak melaksanakan PKP, kami terpaksa keluar bekerja” – Azza Elite

 #WAAW: “Selagi kerajaan tidak melaksanakan PKP, kami terpaksa keluar bekerja” – Azza Elite

Azza Elite meluahkan kebimbangannya menerusi laman Instagramnya malam tadi

PETALING JAYA : Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mengalirkan air mata kerana berita jangkitan wabak kian meningkat dan tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap situasi peningkatan kes pandemik Covid-19 di negara ini.

Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 43, turut menyarankan agar pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ segera bagi mengekang penularan Covid-19.

“Ya Allah saya sungguh takut kerana bimbang akan mak dan anak di kampung. Selagi kerajaan tidak melaksanakan PKP, kami terpaksa keluar bekerja, jadi tolonglah.

“Hari ini adalah hari yang menakutkan, dada berdebar-debar apabila membaca di media sosial. Saya meminta maaf kepada semua kerana saya mempunyai stress yang melampau (anxiety).

“Sekiranya kerajaan melaksanakan PKP, sekurang-kurangnya kami duduk di rumah tidak perlu berjumpa orang. Tidak perlu untuk berjumpa sesiapa, minta dua atau tiga minggu jadilah,” luah Azza.

Mendedikasikan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas berdepan denggan wabak COVID-19, anggot kumpulan Elite ini berharap PKP dapat dilaksanakan seperti bulan Mac tahun lalu.

“Saya bersuara untuk semua yang memohon agar PKP dilaksanakan orang bawahan ini semua sudah menjaga SOP. Malah, kami\ sanggup ikat perut untuk kurangkan kes.

“Saya bersama jutaan rakyat Malaysia bersama frontliners. #barisanhadapannegara. Sahabat marilah kita banyakkan berdoa agar Allah hapuskan Covid ini . Mohon agar Allah permudahkan.

“Jaga diri sesama kita. Abah yang kami kasihi. Tolong lakukan sesuatu, kami yakin abah mampu!,” tulisnya lagi.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *