#WAAW: Sedarku lagu nafsu, amarah dan noda?

 #WAAW: Sedarku lagu nafsu, amarah dan noda?

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baru naungan Indigital Music tampil dengan single berjudul Sedar Ku.

Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, single tersebut mengimbau kembali perjalanan hidup mereka dahulu yang menjadi peringatan supaya mereka tidak mudah lupa diri.

“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza dan apa yang dilalui oleh setiap orang tidak sama. Apabila membaca dan menghadam bait-bait lagu ini, ia membuatkan saya ingat kepada banyak perkara.

“Cukupkah amalan dan kebaikan kita selama ini? Semua perkara ini bermain di fikiran, sekali gus membuatkan saya ingin melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq.

Bagi Syafiq, Sedarku yang ditulis oleh Iman Imran dan Killa Drizz itu menusuk hati dan bertepatan dengan bulan ramadan mulia yang membangkitkan kesedaran.

Sedar Ku berkisar mengenai nafsu, amarah dan noda yang lazimnya tersembunyi disebalik perkataan cinta. Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup sedangkan rasa itu seharusnya diletakkan lepada Yang Maha Esa.

Lagu berentak balada itu dicipta oleh Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu di semua platform digital dan bakal ditonton melalui Youtube Indigital Music.

Selain itu, lagu Sedar Ku juga turut menjadi runut bunyi drama Bila Syaitan Berbisik yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 12 April lalu di saluran Astro Ria.

Drama berkenaan membariskan pelakon terkenal seperti Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  2  =