#WAAW: Scha elak cetus provokasi?

 #WAAW: Scha elak cetus provokasi?

Scha dan Awal bersama dua cahaya mata penyeri hidup mereka di majlis pelancaran produk makanan sambal Schambal.

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Scha Alyahya mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik perkara yang boleh menyinggung sensitiviti rakyat Malaysia.

Scha atau pemilik nama penuh, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari, lebih berhati-hati kerana tidak mahu mencetuskan provokasi ketika ini.

“Setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu perkara, mungkin bagi kita apa-apa namun kita tidak tahu bagaimana mereka di luar sana mentafsirkan apa yang cuba disampaikan.

“Jujurnya, saya ada mengingatkan mengenai perkara itu kepada suami. Saya kata, ia bukan apa yang kita lakukan semata-mata, tapi apa yang orang luar pandang atau tafsir.

Scha berpendapat setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu perkara.

“Sebab bagi saya, penerimaan setiap individu itu berbeza. Jadi kami pilih untuk kurangkan apa-apa yang boleh timbulkan kontroversi atau minimalkan perkara yang tidak perlu,” katanya.

Pelakon dan hos, Scha Alyahya mengakui dia dan suami, Awal Ashaari lebih berhati-hati terhadap apa-apa muat naik di media sosial kebelakangan ini bagi mengelak salah faham sesama peminat.

“Lebih baik jangan buat langsung dan kita tidak perlu untuk menjawab. Kalau kami tidak buat apa-apa, maksudnya tidak akan ada jugalah sebarang reaksi dari orang ramai.

“Saya sendiri memang sejenis banyak berfikir dan memandang jauh sesuatu perkara. Apa implikasi bagi setiap tindakan yang diambil. Cuma kadang kala, kita sebagai manusia ada terlepas pandang juga,” kata Scha.

Bagi Scha, setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu perkara dan adalah lebih baik untuk tidak mencetuskan apa-apa provokasi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2