#WAAW: Saya tak perlu ada kontroversi yang orang menyampah – Ben Amir

 #WAAW: Saya tak perlu ada kontroversi yang orang menyampah – Ben Amir

Oleh Zuan Azmi

PETALING JAYA: Memasuki tahun ke-8 pembabitan dalam industri kreatif, rezeki pelakon dan model Ben Amir nampaknya semakin bertambah baik.

Ben Amir juga boleh dilihat sebagai artis yang kurang kontroversi namun sedikit ekslusif dari gaya dan penampilan.

Menurut Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Bin Sabaruddin, 31 tahun menolak menolak dakwaan dirinya sombong dan perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam dirinya.

“Siapa yang rapat dan mengenali diri saya pasti tahu bahawa sebenarnya adalah seorang yang sangat peramah.

“Saya tak perlu ada kontroversi yang orang menyampah, saya hanya fokus buat kerja dan jadi diri sendiri dan buat hal sendiri.”

Ben Amir ditemui sewaktu Majlis Tandatangan MOU antara PUMA Malaysia dan Al-Ikhsan di The Curve semalam.

“Untuk saya, kena jaga ekslusiviti dan produk, lagi susah nak jumpa orang tu, lagi mahal benda tu, oleh kerana itu saya tidak terlalu kerap menonjolkan tentang diri dan kehidupan peribadi saya di media sosial. Itulah strategi yang saya lakukan yang telah membuat orang tertunggu-tunggu,” katanya kepada Wacana.my

Ben juga berkata dia bersedia sekiranya dilanda kontroversi besar, tak salah untuk ‘play safe’ kerana tujuan utamanya masuk industri bukan nak popular sebaliknya untuk berlakon dan mementingkan karier seninya.

Ben baru selesai menjalani penggambaran drama bertajuk Anak Sena di Kuantan, Pahang.

Dalam drama tersebut Ben memegang watak sebagai seorang cikgu. Drama Anak Sena mempunyai nilai dan elemen memperkenalkan kehidupan komuniti orang asli di Malaysia.

Menurut Ben lagi, sepanjang Ramadan dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana ingin memberi fokus terhadap ibadah dalam bulan yang mulia ini.

“Banyak tawaran yang datang tapi saya kena pilih, saya nak cari cabaran baru, saya dah bosan buat karektor yang sama, ada banyak naskah yang akan datang, tahun ni banyak projek yang akan menyusul,” katanya.

Ben turut memasang cita-cita untuk merangkul anugerah pelakon filem terbaik satu hari nanti.

Menurut Ben, pandemik COVID-19 yang melanda juga tidak terlalu memberi kesan terhadap dirinya kerana telah berjaya merancang kewangan dengan baik.

Ben turut nafikan gosip cinta dengan penyanyi Dayyan Trisha yang telah tular sebelum ini.

“Kami hanya berkawan biasa dan lambat lagi memikirkan tentang perkahwinan,” katanya.

 

 

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  3