• Friday, 18 June 2021, 12:33 am

#WAAW: Saya solo dan tiada siapa-siapa – Ben Amir

 #WAAW: Saya solo dan tiada siapa-siapa – Ben Amir

PETALING JAYA : Pelakon, Ben Amir menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Daiyan Trisha hanya sekadar kawan biasa.

Kurang selesa berbicara soal peribadi, Ben masih mencari pasangan yang dapat mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Pelakon, Ben Amir

“Kami hanya kawan. Buat masa ini tiada apa yang dapat diulas lebih panjang mengenai hal itu.

“Saya masih solo dan tiada siapa-siapa. Semestinya sebagai lelaki, saya mencari insan yang dapat menggubah saya menjadi lebih baik.

“Malah, saya turut berborak panjang dengan Nabila Huda mengenai hal ini. Dia juga turut menasihatkan saya untuk mencari isteri yang boleh memasak,” kata Ben.

Namun, Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 30, menjelaskan masih belum mempunyai teman istimewa buat masa ini.

Namun, pelakon yang melonjak nama dan populariti menerusi drama Sweet Dreams dan Chandelier itu hanya mampu tersenyum apabila diusik persoalan hubungan bersama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha.

Bagi Ben, hubungan baiknya dengan Daiyan sekadar kawan biasa.

Terdahulu, tular gambar Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33) itu bersama Daiyan keluar berdua bersama menikmati sarapan pagi.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *