#WAAW: Saya doakan Sajjad kekal Islam – Aliff Syukri

 #WAAW: Saya doakan Sajjad kekal Islam – Aliff Syukri

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Usahawan popular, Datuk Alif Syukri Kamarzaman berharap sahabatnya, Muhammad Sajjad masih kekal sebagai seorang Islam dan berada dalam keadaan yang baik.

Alif turut memohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti meletakkan hukum terhadap rakan perniagaannya itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan.

“Saya doakan dia kekal menjadi seorang yang beragama Islam dan semoga dia terus melakukan kebaikan. Saya juga berharap rakyat Malaysia tidak cepat menghukum, sebaliknya memberikan ruang buat Sajjad.

“Saya tidak menangkan sesiapa dalam hal ini, cuma saya sering diajukan soalan mengenai sahabat saya itu. Biarlah kerajaan yang membuat keputusan daripada aspek undang-undang.

“Kita sebagai manusia jangan cepat menghakimi keburukan orang, kerana kita sendiri tidak sempurna. Bagi saya, setiap orang melakukan kesalahan, apa pun yang berlaku menjadikan kita lebih matang,” kata Aliff.

Aliff mengulas mengenai Sajjad ketika ditemui pada majlis pelantikan menjadi e-duta Gintell yang bertempat di Sunway Pyramid, Selangor pada Sabtu lalu.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Aliff berkata dia gembira apabila dipilih menjadi wajah kepada kerusi urut itu selama setahun.

“Saya sudah lama menggunakan kerusi urut Gintell, kebetulan ketika membuat perkongsian di Instagram, Ketua Pegawai Eksekutif Gintell menghantar mesej peribadi kepada saya.

“Saya membalas secara spontan, tidak sangka dia adalah orang besar Gintell. Dia terus mengajak saya berbincang dan seterusnya menawarkan untuk menjadi duta selama setahun.

“Saya gembira, bersyukur dan teruja sebab dapat menjadi duta Gintell. Saya ingat apabila kurang kontroversi sudah tidak laku, tapi dapat sambutan yang bagus sangat,” kata Aliff.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

61  −    =  52