#WAAW: Saya dan Shuk hanya bergurau, tiada niat perli Nabila – Sharnaaz

 #WAAW: Saya dan Shuk hanya bergurau, tiada niat perli Nabila – Sharnaaz

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Kami melawak saja, malah Nabila juga bersikap terbuka dan tidak menganggap gurauan itu sebagai satu bahan untuk memerli.

“Sebagai bekas suami, semestinya saya gembira Nabila dan Emran kita sedang bahagia. Keutamaan saya adalah kegembiraan Jebat dan saya juga kini bahagia.

“Kami bercerai secara baik kerana tidak persefahaman dan saya menghormati keputusanya untuk berkahwin dengan Emran. Semestinya sedikit sebanyak ada terkesan kerana dia adalah bekas isteri saya,” kata Sharnaaz kepada Wacana.my

 

Sharnaaz ketika dihubungi mengulas mengenai video Instagram Live (IG live) bersama pelakon, Shukri Yahaya menjadi tular di media sosial.

Antara topik gurauan yang mencuit hati netizen ialah mengenai isu rentas negeri atas urusan kerja dan pelawaan untuk membawa Sharnaaz menaiki belon panas.

Berhubung gurauan Shukri mengajak Sharnaaz, 36, untuk menaiki belon udara panas, peminat membuat spekulasi bahawa perbualan mereka itu dilihat seperti ingin mengajuk cara lamaran usahawan Engku Emran Engku Zainal untuk Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz bersama anaknya Jebat Jayden

Untuk rekod Noor Nabila adalah bekas isteri Sharnaaz dan hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden. Noor Nabila kini sah menjadi isteri Engku Emran pada 19 Mac lalu.

“Saya mula rapat dengan Shuk pada tahun 2011 yang mana kami berlakon menjadi adik-beradik. Mungkin ramai yang tidak tahu, mulut Shuk sebenarnya lagi berbisa daripada saya.

“Shuk banyak memberi sokongan moral ketika saya ‘down’ dahulu, namun semangat yang diberikan dengan kata-kata pedas yang membuka mata.

“Alhamdulillah…Saya kini gembira dengan kehidupan dengan rakan-rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan,” kata Sharnaaz.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1