#WAAW: Saya belajar pun tak tinggi, mengeja pun kadang-kadang salah – Zarina

 #WAAW: Saya belajar pun tak tinggi, mengeja pun kadang-kadang salah – Zarina

Zarina Zainuddin

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Zarina Zainuddin menjelaskan bukan mudah baginya untuk memantau penggunaan telefon pintar anaknya, Azal Azrai yang menghidap Autisme.

Zarina sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dirinya sengaja memuat naik hantaran di Instagram susulan tindakan Azal memuat naik beberapa selebriti di majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

“Saya belajar pun tidak tinggi, bagaimana pula saya hendak menulis seperti mana yang di muat naik oleh Azal. Saya sendiri tidak tahu hendak menggunakan ayat Bahasa Inggeris seperti Azal.

Azal seringkali menemani Zarina menghadiri majlis dan program jemputan

“Jika dilihat di Instagram saya sendiri pun kadang kala ada kesilapan dari segi ejaan. Bukan sengaja, tetapi kadang kala hendak cepat kerana itu tidak perasaan salah mengeja dan sebagainya,” kata Zarina.

Terdahulu, Azal memuat naik beberapa keping Azal beberapa gambar artis yang mendakwa mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Ditanya sejauh mana dirinya mengetahui perkara itu sehingga menjadi tular lalu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, Zarina menjelaskan dia mendapat tahu apabila warganet mula ‘tag’ namanya di Instagram.

Menurut Zarina, Azal atau nama sebenarnya, Muhammad Razal Azrai, 25, yang menghidap autisme menulis atau mengeluarkan kata-kata mengikut hatinya.

“Dia sendiri yang mengendalikan akaun Instagram itu dan Azal memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan pula.

“Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  +    =  48