#WAAW Saharul Ridzwan dedikasi ucapan sempena ulang tahun kelima perkahwinan

 #WAAW Saharul Ridzwan dedikasi ucapan sempena ulang tahun kelima perkahwinan

PETALING JAYA : Sempena ulang tahun perkahwinan kelima yang dibina, pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan mendedikasikan kata-kata perhargaan buat isterinya, Deena Amir.

Tidak dapat menduga dugaan dan cabaran pada masa akan datang, Saharul berharap dapat terus mengemudi bahtera perkahwinan yang dibina ke jalan Allah SWT.

“MasyaAllah Tabarakallah. Dah 5 tahun hari ni. 50 ribu tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah dah takdirkan saya akan bersama awak, sebagai suami isteri. Tapi kita tak tahu apa di depan.

“Tapi saya tahu apa yang sy nak sekarang. Saya nak bersama-sama keluarga saya di syurga firdaus, bersama-sama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

“Kita usaha bersama-sama ya sayang untuk ke sana. …InShaaAllah,” luah Saharul.

Menurut Saharul, dia sememangnya berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya kesempatan untuk terus memimpin keluarganya itu sehingga ke hari ini.

Ucapan istimewa itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu seluruh ahli keluarganya ditempatkan di Syurga Firdaus bersama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Terdahulu, Saharul dan isterinya, Deena Amir telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *