#WAAW: Ruhainies penat jadi kaya dan cantik?

 #WAAW: Ruhainies penat jadi kaya dan cantik?

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Sinonim dengan watak cantik bergaya dan menjaga penampilan, pelakon Ruhainies keluar dari kepompong selesa apabila bersetuju untuk melakonkan Ellani gadis kasar yang selekeh.

Kredit foto Instagram Ruhainies

Menerima reaksi positif penonton menerusi drama Cukup Derita Itu (CDI) yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 itu, Ruhainies, 29, berharap mampu meninggalkan impak baik terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.

“Kalau boleh, saya tak mahu orang hanya fikir saya ni artis ‘stereotype’ atau asyik bawa karektor orang kaya saja. Malah saya juga gelapkan rambut biar sesuai dengan watak yang dibawa.

“Ellani adalah seorang gadis kampung yang bekerja di warung dan menoreh getah, malah dia juga bersikap kasar sering marah-marah serta sentiasa berkerut dalam apa jua situasi. Berbeza dengan watak saya dilayan seperti ‘Cinderella’ sebelum ini.

“Alhamdulillah, banyak yang berikan reaksi yang baik-baik. Harap penampilan saya dalam drama CDI mampu tonjolkan skil lakonan saya sebaiknya. Mungkin penonton kerap melihat saya bawa watak orang kaya, hidup di kota dan seumpamanya,” kata Ruhainies.

Sementara itu, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga mahu cabar diri dan berkeyakinan hasil tunjuk ajar semua pihak terlibat.

“Naskhahnya agak berat. Saya pernah bawa watak yang seolah sama sebelum ini, cuma ia bukanlah dalam sebuah drama yang banyak episod.

Jadi sudah tentu ada ketika ia memenatkan kerana saya perlu bermain dengan emosi di dalam kebanyakan babak. “Saya fikir, inilah masanya untuk buktikan sesuatu.

Pada masa sama, nak cabar diri. Hampir empat bulan juga kami ‘shooting’ dan ia banyak berikan pengalaman berharga. Syukur dan bertuah bila pengarahnya, Along Kamaludin bersama pelakon lain turut sama saling membantu demi menghidupkan watak masing-masing. 
“Saya sedia maklum, ramai yang menantikan bagaimanakah hasil CDI bila naskhah novel diadaptasi ke televisyen. Harapnya penonton tak kecewa dan puas hati, insya-Allah,” katanya lagi. 

CDI karya Siti Rosmizah yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

23  −  14  =