• Sunday, 20 June 2021, 8:33 am

#WAAW: ‘Roh’ terbang ke Amerika

 #WAAW: ‘Roh’ terbang ke Amerika

KUALA LUMPUR, 5 Jun. – Siapa sangka filem seram Malaysia mampu setanding dengan filem seram buatan barat apabila filem ‘Roh’ mendapat hak eksklusif untuk ditayangkan di Amerika Utara.

‘Roh’ menandakan penampilan sulung arahan artis visual Emir Ezwan selain dibintangi Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, June Lojong, Namron, and Putri Qaseh.

Filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd itu diperoleh oleh syarikat pengedar Amerika yang merancang pelancaran pawagam teater dan maya pada suku keempat tahun ini diikuti dengan hiburan rumah (DVD/Blu-Ray) dan pelancaran digital.

Filem Roh menampilkan Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, June Lojong, Namron, and Putri Qaseh.

Memetik dari laporan screendaily.com, Presiden Film Movement, Michael Rosenberg berkata pihaknya membuat perbincangan dengan Cindy Sison, Ketua Penjualan dan Pemerolehan Antarabangsa di TBA Studios.

“Semasa kami terus menambah koleksi filem genre kami dari seluruh dunia, kami sangat gembira apabila dapat menemui hasil kerja sulung Emir.

Antara babak dalam filem Roh

“Walaupun mitos seram Malaysia agak baru bagi penonton Amerika Utara, seram dan ketakutan tidak perlu diterjemahkan, dan Roh menyampaikannya dengan cara yang asli, kreatif dan penuh atmosfera,” katanya.

Sementara itu, Sison mengatakan keterujaannya kerana dapat menemukan Roh dengan penonton Amerika Utara.

“Peminat filem Asia dan seram pasti teruja dengan filem yang menerokai budaya yang tidak diketahui mereka,” kata Susan Sison.

Filem ‘Roh’ turut mewakili Malaysia untuk pilihan terakhir kategori Anugerah Filem Antarabangsa pada Oscar ke-93 tahun depan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *