#WAAW: Rodi Kristal akui terkesan COVID-19

 #WAAW: Rodi Kristal akui terkesan COVID-19

Rodi Kristal bersama isteri dan anak-anaknya.

PETALING JAYA : Setelah beberapa hari “berperang” dengan COVID-19, ahli kumpulan Kristal Rodi, telah bebas daripada virus itu.

Malah, isteri dan anak-anak Rodi serta ibu bapanya turut sama positif COVID-19 kerana menjadi kontak rapat kepadanya.

Bagaimanapun, isteri dan kedua-dua anaknya yang sudah melalui ujian saringan belum mendapat keputusan samada positif atau tidak.

“Ibu saya masih lagi menerima rawatan dan ditempatkan di pusat kuarantin di MAEPS, Serdang,” kata Rodi secara ringkas kepada pihak Waaw.my

Perkongsian Rodi setelah disahkan bebas daripada COVID-19

Menurut Rodi lagi, pada awal permulaan disahkan positif COVID-19, dia tidak dapat menghidu bau dan mulutnya terasa masin.

Terkini, Rodi kini sedang menjalani kuarantin di rumah bersama ayah, anak pertamanya dan 4 orang anak buah.

Manakala, anak kedua Rodi kini di kuarantin di Hospital Sungai Buloh bersama isterinya. “Awat aku makan semua masin ja ni, dia jadi tak lalu makan perut lapaq”

Rodi dan anak pertama yang telah positif COVID-19 sebelum ini.

Sejak penularan pandemik COVID-19 ini, jelas memberi impak terhadap semua sektor termasuklah industri kreatif.

Rodi antara selebriti yang terkesan di kala pandemik ini kerana tiada sebarang persembahan nyanyian dapat dilakukan.

Namun, dia perlu melakukan sesuatu seperti mencari alternatif lain bagi mencari sumber pendapatan dan terus berjuang dalam situasi penuh sukar ini.

Meskipun positif COVID-19, Rodi tidak patah semangat dan mengharapkan agar wabak ini hilang dan dapat dia kembali beraksi di atas pentas seperti dahulu.  

Selain bergelar ahli muzik, Rodi juga menjalankan perniagaan servis penghantaran.

Meskipun berat dugaan yang dialami saat ini, Rodi dikhabarnya masih mampu tenang dan memberi saranan kepada masyarakat mengenai bahaya COVID-19. “Terima kasih juga pihak madrasah yang buat solat hajat, doa aku untuk semua, moga anda semua di jauhi dari segala wabak penyakit ini dan di murahkan rezeki,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  3