• Sunday, 20 June 2021, 8:49 am

#WAAW: Rizalman cari publisiti murahan?

 #WAAW: Rizalman cari publisiti murahan?

PETALING JAYA : Bekas pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman mengundang amarah warga net apabila dia memberi kucingnya makan ikan salmon pemberian seorang individu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Rizalman menjelaskan biarpun tinggal di ibu kota namun dia tidak gemar makan sesetengah benda termasuklah ikan salmon.

“Walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia namun tidak makan ikan salmon. Ikan curut cheq tahu, tetapi ikan salmon cheq tak tahu makan.

“Ini apa pula cheq dapat ni, ampa ni kan kami sudah pesan jangan bagi barang basah. Walaupun cheq tak makan salmon tetapi jenama sabun cuci tangan kena bagus.

“Ooo…dengaq kata buat biskut mazola pun sedap ganti kacang. Pi la hang nak mentekedaghah (makan) soghang, nak ajak aku sekali pasaipa? Pengat kambing hang pernah terai (cuba)?,” kongsi Rizalman menerusi paparan di IG Stories miliknya.

Selain itu, Rizalman turut berkongsi di akaunnya beberapa makanan yang tidak dimakan seperti kambing, ikan keli, roti gardenia bakar dan ikan salmon.

Rizalman juga turut memuat naik video kucingnya tidak berminat dengan ikan salmon yang dihulurkan. Justeru itu, Rizalman menawarkan ikan curut yang sering digunakan dalam penyediaan laksa.

Biarpun perkongsian lantang Rizalman mengundang pelbagai reaksi namun dia masih mempunyai kelompok peminat yang taksub dan menyokong setiap tindakannya.

Nama bekas pereka fesyen itu sering menjadi bualan hangat netizen. Selain berkongsi perihal agama dan resipi masakan, Rizalman turut lantang bersuara meluahkan pendapat peribadinya menerusi platform digital.

 

Dakwaan ini timbul selepas perkongsian dari Datuk Rizalman sendiri

Malah, ada yang berpendapat bahawa Rizalman hanya cuba memikat hati pengikutnya apabila sesekali memuat naik video menitiskan airmata apabila membaca mesej peribadi yang dikirim mengenai kesusahan terkesan akibat pandemik. Namun, ada ketikanya beliau kelihatan memarahi pengirim mesej peribadi yang ingin meminta bantuan pada waktu yang berlainan pula.

Salah ‘timing’ barangkali

Namun dakwaan tetap kekal dakwaan dan hanya tuan badan yang boleh menjelaskan segala gosip mulut longkang ini.&nbsp;</p>

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *