#WAAW: Riena Diana pakai tudung sempena Ramadan

 #WAAW: Riena Diana pakai tudung sempena Ramadan

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Ramadan pada tahun ini memberi erti berbeza buat pelakon dan penyampai radio, Riena Diana untuk mengambil keputusan memakai tudung sepanjang bulan ini.

Riena berkongsi, dia menggunakan kesempatan bulan mulia ini untuk mengumpul pahala dan merasa pengalaman berhijab.

“Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk b

erhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan.

“Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.

“Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat,” katanya.

Menurut Riena lagi, sejak mengenakan tudung pada hari pertama puasa dia mengakui Ramadan yang dilalui lebih bermakna.

“Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna.

“Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran,” katanya.

Riena memulakan tugas sebagai penyampai radio pada 24 Februari lalu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  5