• Sunday, 20 June 2021, 3:41 pm

#WAAW: Rama, pelakon Spanar Jaya meninggal dunia

 #WAAW: Rama, pelakon Spanar Jaya meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Pelakon veteran, Ramasundram Sengah atau dikenali ramai dengan nama Rama, hari ini meninggal dunia pada hari Rabu, 26 Mei 2021 diantara jam 2-2:30pagi di Hospital Kuala Lumpur. Memetik kenyataan dari Persatuan Seniman Malaysia, beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan sekitar jam 12:30 pagi tadi dan sejam kemudian doktor mengesahkan beliau meninggal dunia. “Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah yang sangat dedikasi dan komited dengan kerjanya, menurut hantaran pengendali laman Facebook rasmi Seniman. Pihak FINAS juga turut merakamkan ucapan takziah dan dukacita diatas pemergian Rama yang telah menabur jasa dan bakti sepanjang pembabitan beliau dalam industri hiburan dan seni negara menerusi hantaran mereka di laman media sosial mereka. Ramasundram Sengah, 57 merupakan seorang pelakon, pengarah dan pelawak yang dikenali ramai menerusi sitcom popular pada era 90an seperti Jangan Ketawa dan sitcom Spanar Jaya.
Kenangan Rama ketika membintangi sitcom Spanar Jaya bersama Allahyarham Zaibo, Opie Zami, Ahmad Idham, Mendiang Robert dan Wardina

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *