#WAAW Puas Kau Sakiti hingga Asmara Esok, tajuk lagu Amir Masdi jadi tanda tanya…….

 #WAAW Puas Kau Sakiti hingga Asmara Esok, tajuk lagu Amir Masdi jadi tanda tanya…….

PETALING JAYA: Penyanyi lelaki, Amir Masdi, hadir dengan buah tangan terbaru buat peminatnya. Amir yang popular menerusi lagu ‘Puas’, ‘Kau Sakiti’ dan ‘Asmara’, kini muncul dengan buah tangan terbaharu, lagu ‘Esok’ hasil ciptaan bersama Shazee Ishak, Audi Mok dan Amir sendiri.

Amir Masdi atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi terus menjadi perhatian peminat, sejak kemunculannya buat pertama kali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang lalu. Difahamkan, lagu ini bergenre ‘modern rock’, dan hasil terbitan syarikat rakaman Nova Music, Lagu ‘Esok’ sudah dirakam sejak awal tahun ini lagi.

“Lirik lagu ini mengikut konsep dan idea daripada saya sendiri. Saya mahu sampaikan sesuatu yang boleh memotivasikan diri dan memberi semangat. Sebab sekarang semua orang berada dalam suasana suram akibat pandemik yang berpanjangan

“Jadi, menerusi lirik lagu ini saya nak pujuk hati dan menenangkan orang. Shazee faham apa saya cuba sampaikan dan dia yang menulis liriknya. Saya pula tidak begitu mahir dalam penulisan lirik lagu, itu sebab saya minta tolong dia “Lagu Esok sudah disiapkan sejak awal tahun ini. Kebetulan saya juga ada beberapa lagu lain untuk dilancarkan sebagai single terbaharu. Malah, ikut perancangan asal nak keluarkan lagu yang muziknya lebih ‘up beat’. Tapi selepas berbincang dengan pasukan, semua sepakat untuk lancarkan lagu Esok dulu,” katanya.

Menurut Amir, genre muzik yang diketengahkan itu sudah menjadi ‘trademark’ muzik yang dibawanya.\ “Genre muzik ini saya tetapkan sebab berasa hala tuju muzik saya orang sudah mula kenal dan terima. Peminat sudah tahu saya penyanyi genre ini. Dalam masa sama, saya memang meminati genre sebegini. Amir juga mengakui, pembabitannya pada pentas AJL 35 berjaya menonjolkan bakat nyanyian dimiliki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
A post shared by AM (@amir.masdi)

“Bagi saya AJL membuatkan saya dapat peminat baru. Sejak itu juga, orang sudah mula mahu lebih mengenali siapa itu Amir Masdi. Diakui sejak dari dulu lagi saya sentiasa bekerja keras dalam kerjaya. Saya tanam diri tekad untuk tidak berasa selesa dengan apa yang dicapai. “Sebagai contoh, sekalipun dah berjaya memasuki AJL, tidak bermakna saya perlu berehat kerana sudah berada di pentas itu. Sebaliknya, saya perlu terus berusaha dan tingkatkan lagi pencapaian di masa hadapan. Walaupun sudah masuk AJL, kalau boleh selepas ini saya berazam nak menang pula. “Dalam masa sama, saya mahu sentiasa ada peningkatan dalam kerjaya agar terus bertahan dalam industri. Disebabkan itu, saya akan terus berusaha dan memajukan diri,” katanya. Lagu ini boleh didengari di Youtube dan semua platform muzik digital pada 27 Ogos lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=JuxQt4a2pM8

 

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −  55  =