• Friday, 18 June 2021, 1:44 am

#WAAW: Pernah dikutuk teruk awal kemunculan, UNKNOWN jalan terus?

 #WAAW: Pernah dikutuk teruk awal kemunculan, UNKNOWN jalan terus?

PETALING JAYA: Sekumpulan anak muda remaja berlima bergabung membentuk satu kumpulan dengan nama UNKNOWN, bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan boy band tempatan yang kini semakin pudar daripada memori generasi masa sekarang.

Ace Talents memperkenalkan UNKNOWN, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18,Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17.

UNKNOWN muncul dengan buah tangan pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Kehadirian mereka ini biarpun tanpa dikenali dan dilihat masih ‘mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun mereka juga harus diberi peluang untuk menonjolkan kemampuan.

UNKNOWN terdiri daripada lima anak muda iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18,Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17.

Biarpun pernah menjadi mangsa kutukan dan gurau senda golongan muda, seperti dakwaan cuba meniru kumpulan Korea Selatan, BTS namun semangat mereka dilihat tidak luntur dan jalan terus biarpun perjalanan seni tidaklah mudah seperti disangka. 

UNKNOWN dilihat bukan sekadar boleh menyanyi, malah turut mempunyai kemahiran menari yang dapat dilihat menerusi single pertama mereka ini. Lagu single terbabit juga menerima sentuhan daripada salah seorang anggota UNKNOWN, iaitu Momo, yang terlibat dalam proses penulisannya, bawah bimbingan Azan Addin yang Ruffedge.

Lantas mereka dilihat mengambil inspirasi daripada kumpulan hip hop dan R&B yang terkenal itu, sambil dalam proses mencari identiti dan gaya mereka tersendiri, dalam usaha mengukuhkan lagi ‘tapak’ mereka sebagai penghibur dalam dunia muzik.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *