#WAAW: Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia

 #WAAW: Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon veteran, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Perkongsian sedih itu dibuat oleh penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya, sejam lalu.

“Hari yang barakah, Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham,” tulis Shahirah menerusi kapsyen bergambar yang dibuat.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut meninggalkan komen takziah menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shiera itu.

Pelakon yang sinonim dengan watak airmata itu dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948 dan meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Abu Bakar Omar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung. Antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang dan solat jenazah akan berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Alor Setar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru selepas solat Asar.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

55  −    =  47