Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW Pelakon senior, Mubarak Majid scammer?

Pelakon senior, Mubarak Majid
PETALING JAYA : Tak pasal-pasal nama pelakon senior, Mubarak Majid tiba-tiba menjadi kontroversi apabila didakwa sering meminta duit dari beberapa artis tempatan dan didakwa sebagai “scammer”.
Mohamad Mubarak Bin Majid atau lebih dikenali sebagai Mubarak Majid, pelakon senior yang sering membintangi drama tempatan, mengakui terkejut dengan perkara ini dan tidak menyangka bahawa ada individu yang bertindak melampaui batas dengan menyalahgunakan nama serta gambarnya untuk tujuan meminta duit malah turut menipu dengan berjanji akan memulangkan wang tersebut keesokan hari.

“Assalamualaikum, kalau ada sesiapa yang guna no WA saya untuk meminta derma atau berhutang, tolong jangan percaya kerana itu adalah penyamaran dan penipuan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Scammer terbabit menggodam aplikasi Whatapps pelakon Mubarak Majid dan telah memperdayakan beberapa kenalan yang ada dalam senarai telefon bimbitnya.

Antara individu yang hampir menjadi mangsa penipuan tersebut Bell Ngasri, Liza Abdullah dan beberapa orang lagi.
Presiden Seniman, Zed Zaidi juga dilaporkan hampir menjadi mangsa penipuan dalam talian ini.

Menurut Zed, dia terkejut apabila menerima pesanan ringkas daripada “Mubarak” yang ingin meminjam duit dengan jumlah yang agak besar.
“Mula-mula dia nak minta buat group whats app kemudian minta kod dan cara dia bercakap agak lain, saya kenal cara percakapan Mubarak, confirm ini scammer,” katanya kepada pihak Waaw.my
Justeru itu, Mubarak Majid terus membuat laporan polis sejurus mengetahui perkara ini semalam dan laporan dibuat di Balai Polis Sri Gombak. Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya,
Mubarak meminta agar semua tidak mempercayai sekiranya terdapat individu yang ingin meminjam wang dan menyamar sebagai dirinya.
