• Sunday, 20 June 2021, 2:57 pm

#WAAW: Pelakon filem Tarzan, Joe Lara terkorban nahas udara

 #WAAW: Pelakon filem Tarzan, Joe Lara terkorban nahas udara

MOSCOW, 31 Mei — Pelakon filem Tarzan, Joe Lara terkorban dalam nahas udara melibatkan pesawat Cesna C501 yang turut bersama isterinya dan beberapa orang lain.

Memetik dari laporan akhbar ‘The Tennessean’, turut terkorban bersama Joe Lara, 58, dan isterinya, Gwen Shamblin, 66, adalah lima yang lain.

Pesawat yang dijadualkan menuju ke Florida itu berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County sebelum dilaporkan terhempas ke dalam Tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas dan turut mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Sewaktu kemuncak kerjayanya, Joe Lara membintang filem ‘Armstorng‘ dan ‘Warhead‘ namun Lara dikenali ramai selepas melakonkan watak sebagai Tarzan dalam drama bersiri ‘Tarzan in Manhattan‘ pada tahun 1989, diikuti siri TV Tarzan:The Epic Adventures sekitar tahun 1996 selain turut membintangi filem ‘Steel Frontier‘ dan ‘American Cyborg:Steel Warrior’.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *