Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Nyanyi lagu raya pakai seksi strategi Dolla tarik peminat?

Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA – Masih mengekalkan genre pop yang sering dibawakan, kumpulan Dolla bereksperimentasi dengan lagu raya berjudul Raya Raya Raya.
Dolla sebelum ini pernah mendapat perhatian peminat muzik tanah air apabila muncul dengan single pertama, Dolla Make You Wanna dan single kedua Impikan.
Salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby pula berpendapat bahawa Raya Raya Raya adalah sesuatu yang berbeza, tetapi masih terasa seperti biasa didengari.

āIa mempunyai kemeriahan lagu raya yang biasa tetapi mempunyai sentuhan karakter Dolla yang kuat dan mempunyai elemen-elemen yang menyeronokkan.
āProses rakaman berjalan dengan lancar dan mudah bersama Faithful Music serta penuh dengan gelak tawa.
āMereka banyak membantu kami dalam mengekalkan kekuatan DollaĀ di dalam lagu ini yang pada mulanya, terasa asing kerana ianya bukan genre yang kami biasa bawakan sebelum ini. Tetapi amat menyerenokkan untuk bereksperimen,ā jelas Tabby.

Dolla harap mesej lagu raya āsampaiā walau berpakaian seksi. Walaupun salah seorang anggota Dolla mengetengahkan imej seksi dalam video muzik dibuat khas sempena Aidilfitri, kumpulan itu berharap ia tidak akan menjejaskan tujuan single itu dihasilkan dan berharap mesej yang cuba disampaikan melalui lagu raya ini tidak jauh menyimpang.
Selain memperlihatkan lagi bakat Dolla yang bukan sahaja lincah menyanyikan lagu pop diselangi dengan unsur tradisional.
Secara umumnya, Raya Raya Raya terbitan Universal Music Malaysia ini menyentuh mengenai percanggahan gaya tradisional dan moden untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berdepan pandemik dan norma baharu, perkembangan teknologi yang pesat turut mempengaruhi bagaimana masyarakat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa kini terutamanya bagaimana alat dan platform media sosial yang signifikan mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan.