#WAAW: Nyanyi ke laut pun tiada masalah – Elly Mazlein

 #WAAW: Nyanyi ke laut pun tiada masalah – Elly Mazlein

PETALING JAYA : Pengacara dan pelakon, Elly Mazlein mengakui tidak putus menerima tawaran berlakon dan mengacara sehingga tahun hadapan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,  yang kini hamil lima bulan tampil sebagai hos program Sumbang Suara yang ditayangkan di TV3.

Kata Elly, program santai itu sangat menyeronokkan apatah lagi apabila digandingkan dengan dua rakan selebriti yang sangat menyenangkan iaitu Datuk Awie dan Hazama.

“Selalunya apabila saya jadi hos, kita perlu betul-betul profesional dan mengikut skrip sepenuhnya. Tapi program ini berbeza apabila kami seperti sembang di kedai kopi bersama Datuk Awie dan Hazama.

“Jadi mengendalikan program ini sangat santai dan jujur saya katakan program ini lain dari lain sebab kalau nak masuk program nyanyian, kita kena nyanyi betul-betul tapi kali ini tak kisah.

“Nyanyi ke laut pun tiada masalah. Yang penting kita nak tengok tahap keyakinan rakyat Malaysia,” kata Elly berkongsi konsep program tersebut.

Selain Elly, Datuk Awie dan Hazama dilantik sebagai Wakil Netizen di mana mereka mengenalpasti pemenang yang dapat memberikan persembahan yang paling ‘meletop’ walaupun dia bersuara sumbang.

Program 30 minit ini menyiarkan video-video hantaran yang menghiburkan daripada orang ramai.

Hanya lima video terpilih akan disiarkan pada setiap episod dan hanya satu pemenang akan dipilih untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *