#WAAW: Nora Danish idam hantar anak ke sekolah tahfiz

 #WAAW: Nora Danish idam hantar anak ke sekolah tahfiz

Nora Danish

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Nora Danish menyimpan impian untuk menghantar salah seorang anak lelakinya ke madrasah tahfiz sebagai saham akhiratnya.

Nora ,38, berkata, dia mahu anak terunanya mendalami ilmu agama dan bukan bergantung kepada dia dan suami semata-mata.

“Kalau boleh saya mahukan salah seorang anak lelaki saya ke sekolah tahfiz. Situasinya berbeza dan bukan seperti dahulu, yang mana mereka perlu tinggal di sana sebaliknya boleh berulang alik seperti sekolah harian biasa.

“Saya inginkan anak saya memiliki ilmu agama dunia dan akhirat dengan seimbang. Biarlah mereka dibimbing ke syurga dan saya percaya ramai ibu-bapa inginkan keadaan begitu.

“Malah, saya percaya jika dari awal pendidikan dan pendedahan, anak yang masih mentah dan kosong itu akan mudah menghayati perjalanan hidup ini dengan begitu indah apabila mempelajari ilmu agama sebetulnya,” kata Nora.

Tambah Nora, sekurang-kurangnya ada salah seorang dalam keluarga mempunyai didikan agama serta pengetahuan dan mendalami bidang berkaitan Al-Quran.

Katanya lagi, konsep pengajaran dan pembelajaran di sekolah tahfiz lebih kurang sama dengan sekolah kebangsaan lain, cuma pendidikan itu melebihkan kepada Al-Quran.

“Saya ada meluahkan hasrat ini kepada Rayqal dan dia juga menerima baik cadangan ini. Dia memang mendengar kata, ketika kecil dulu kalau ingin membaca surah sebelum tidur pun mudah saja.

“Malah, saya mula mengaji ketika ramadan tahun lalu juga disebabkan hendak mengajar Rayqal. Akhirnya saya sama-sama khatam Al-Quran, hikmah disebalik ingin memberi semangat kepada Rayqal,” kata Nora.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 20 Jun 2006, tetapi berpisah pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Rayqal.

Pada Mac 2017, Nora bernikah dengan Nedim dan dikurniakan anak lelaki Mohamed Neqayl Nedim atau nama mesranya, Ney Ney.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

34  −  25  =