• Sunday, 20 June 2021, 9:06 am

#WAAW: Nora Danish ambil iktibar, belajar dari kesilapan

 #WAAW: Nora Danish ambil iktibar, belajar dari kesilapan

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Nora Danish mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati bagi membendung penularan wabak COVID-19 pada masa hadapan.

Berkongsi momen gelang digunting, Nora meluahkan kesyukuran selepas selesai menjalani kuarantin selama 10 selepas disahkan positif pada 9 Mei lalu.

Nora berkongsi momen gelang pink dipotong malam tadi.

“Terima kasih pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menjaga saya selama tempoh 10 hari. Alhamdulillah…gelang (kuarantin) juga sudah digunting.

“Rumah juga sudah disanitasi…terima kasih banyak. Apa yang penting ketika ini, jom kita jaga kita.

Rumah Nora turut disanitasi sebagai langkah keselamatan.

“Saya sendiri sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu. Jangan keluar rumah jika tiada urusan yang penting. Jaga diri semua dan stay safe,” kongsi Nora.

Pelakon drama Covid Oh Covid ini berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa.

Sebelum kini, Nora memaklumkan hasil keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan mendapati dia telah dijangkiti virus tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Bagaimanapun suami, Nedim Nazri dan dua anaknya iaitu Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl negatif dan tidak dijangkiti virus berkenaan.

Dia juga memuat naik rakaman video memberitahu sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *