#WAAW Netizen marah filem silat Syahadan ditolak tayangan kerana didakwa ganas?

 #WAAW Netizen marah filem silat Syahadan ditolak tayangan kerana didakwa ganas?

PETALING JAYA: Gara-gara didakwa mempunyai aksi lagak ngeri terlampau, satu filem tempatan dilaporkan telah pun ditolak oleh satu stesyen Tv berbayar di Malaysia untuk ditayangkan.

Isu ini telah pun menjadi tular di media sosial malah menjadi topik hangat apabila ramai yang mendakwa ia seperti membunuh karya tempatan dengan menyekat genre filem seperti ini di Malaysia.

Filem yang dimaksudkan adalah, filem bertajuk Syahadan yang diarahkan oleh Datuk Dr Fairus Hussain(FDAM) yang membariskan barisan pelakon daripada Juru Silat Negara iaitu Juffri Jamari sebagai watak utama.

Filem Syahdan berbentuk akademik yang mengetengahkan aspek budaya pengamal ilmu silat yang merangkumi falsafah hidup, adab, adat, aksi tempur, permainan senjata dan Latihan berkaitan silat.

Difahamkan, filem ini ditolak oleh pihak All-Asian Satellite Television and Radio Operator (ASTRO) kerana didakwa mempunyai adegan ganas (sg), serta tidak melepasi garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Disebabkan itu, wakil daripada produksi filem ini iaitu Anuar Abdul Rahman, tampil bersuara serta kurang senang dengan keputusan penolakan yang diberikan oleh pihak ASTRO tersebut.

“Astro tolak dengan alasan “Not Fit For Astro First”. Ini alasan mudah untuk membenamkan filem yg mengangkat martabat dan budaya Melayu.

“Mungkin ‘diorang’ suka filem-filem yang memaparkan kebodohan, atau unsur-unsur mistik, khurafat atau lebih tepat dari sudut buruk masyarakat Melayu untuk dipertontonkan

“Inilah masalah yang berlaku apabila sesuatu medium itu dimonopoli, insyaAllah doakan kami mendapat jalan lain yg lebih baik,” ujarnya

Selain itu, ada individu lain yang tampil bersuara mengenai isu penolakan tayangan filem Syahadan, menurut individu bernama  Masria Lamassa, keputusan yang dibuat ASTRO berkenaan dilihat tidak wajar dan mendakwa seakan perlekehkan karya tempatan.

“Filem Syahadan Astro tolak di tayangkan sebab kerana 18sg, terlalu menakutkan dan nyata untuk di tonton,

“Sampai bila filem kita tetap tahap bodoh-bodoh, ramai penonton inginkan sesuatu yang nyata

“Mereka semua adalah pesilat negara, Juffri Jamari adalah juara dunia 3 kali dan pelakon tambahan adalah wakil Malaysia Sukan Sea, memang lah nyata(real), kesan(effect) yang ada dalam filem bukan calang-calang.

“Tengok lah trailer nya nanti..ini cuma sikit je trailer,” ujar Masria.

Melihat perkongsian berkenaan, rata-rata kurang setuju malah ada yang kesal apabila karya sedemikian tidak dibenarkan tayangan.

Menurut netizen, filem seperti ini sepatutnya diberikan peluang kerana ia menonjolkan seni warisan persilatan melayu asli, malah tiada salahnya jika diberikan tayangan berbanding filem antarabangsa yang jauh lebih ganas.

Jika dilihat, industri perfileman di Malaysia seakan mempunyai halangan untuk berkarya, terdahulu banyak filem yang berkualiti telah pun disekat untuk ditayangkan, antaranya filem Geran.

Filem ini telah ditarik tayangan kerana didakwa menyentuh isu sensitif serta mempunyai adengan ganas yang tidak melepasi garis panduan yang ditetapkan LPF Malaysia.

Meskipun tidak dibenarkan tayangan di Malaysia, namun filem ini telah diiktiraf oleh Anugerah Daniel A Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF).

Ini jelas terbukti bahawa, orang luar lebih menghargai hasil karya tempatan berbanding negara sendiri. Malah ada yang sanggup membeli filem itu lalu ditayangkan di negara mereka berbanding Malaysia yang hanya pandang sebelah mata.

https://www.youtube.com/watch?v=sagaZ1DvaYk

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

86  +    =  88