#WAAW: Neelofa tak serik cabar undang-undang, rentas negeri cari karpet pula?

 #WAAW: Neelofa tak serik cabar undang-undang, rentas negeri cari karpet pula?

Video ini tidak lagi kelihatan di ruangan Insta Story Neelofa

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Nama pasangan selebriti, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz sekali lagi menjadi bualan hangat apabila didakwa ‘merentas negeri’ di Negeri Sembilan pada ketika seluruh negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB).

Netizen di media sosial yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa ibu bapa meluahkan amarah dan ‘panas hati’ dengan tindakan selebriti sensasi itu.

Meskipun Neelofa dan PU Riz yang baru saja didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan mereka yang berlangsung 27 Mac, pasangan itu dikatakan kurang sensitif berhubung isu itu.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Video ini tidak lagi kelihatan di Insta Story Neelofa

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan PKPB.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah ‘merentas negeri’ lagi ketika PKPB.

“Hai hajah @Neelofa Kat Nilai 3 ke tu cari karpet? Eish2….boleh eh rentas negeri? Kuat betul cable,” komen seorang netizen.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, Neelofa bagaimanapun sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.

Lokasi cawangan peniaga karpet berkenaan, bukan hanya ada di Kuala Lumpur dan Johor, tapi pemilik itu turut membuka bisnesnya di negara jiran, Brunei.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suaminya, PU Riz sebanyak RM10,000 kerana kesalahan melanggar SOP ketika majlis perkahwinan mereka.

Pasangan suami isteri berkenaan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke Langkawi, Kedah di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.

Tidak terkecuali juga, seramai 20 ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah pada hujung Mac lalu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  3