#WAAW: Neelofa, suami dan keluarga dikompaun RM60,000

 #WAAW: Neelofa, suami dan keluarga dikompaun RM60,000

Oleh Zuan AzmiĀ 

KUALA LUMPUR, 27 April — Selebriti popular Neelofa, suami dan ahli keluarga dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 setelah didapati bersalah melanggar pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan berkaitan SOP majlis perkahwinan dan rentas negeri.

Manakala suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 untuk kesalahan merentas negeri. Pasangan tersebut tidak dibenarkan diberikan sebarang diskaun bagi kesalahan yang dilakukan.

20 ahli keluarga Neelofa pula dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana tiada penjarakan sosial sewaktu majlis perkahwinannya. Menjadikan jumlah kompaun sebanyak RM30,000 untuk ahli keluarga sahaja.

Kesemua ahli keluarga selebriti itu dikenakan tindakan tersebut kerana sebagai penganjur mereka gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung seperti mana pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial dalam kawasan pelakasanaan PKPB.

Terdahulu kes ini mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang berjanji akan melakukan siasatan dan mengenakan kompaun sekiranya didapatiĀ melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  −    =  69